Saturday, December 18, 2010

BiAr KiTa kOnGsI dUkA bErsAmA


HaRi Ini…
Kulihat kau yg sentiasa membisu kiranya bermasalah, 
menjadi gelisah
Serba tak kena
Kau berpaling kepada ku dan melontarkan keluh kesah yg tersimpan di dada
Aku terkedu mendengar luahan mu
Orang yg kau sayangi sedang sakit

Namun, dalam kegelisahanmu, kau masih tetap senyum dalam tawa
Pelbagai pertanyaan mengenai penyakit itu kau tanyakan padaku
Di situ…
Ku lihat kau sebenarnya sedang risau, gelisah dan hatimu tidak tenang
Kegelisahan dan kerisauanmu kian terserlah
Pabila kau menyatakan hasratmu untuk pergi menjenguk
Insan yang kusayangi itu

Namun,
Ku tahu kau risau
Ku tahu kau resah gelisah
Kerna takut kau ditimpa bahaya dalam perjalanan ke sana
Kumatikan hajatmu..
Maaf..ku juga sayangkan mu
Aku memujuk hatimu dan berharap agar kamu bersabar
Pabila DIA sudah sembuh dia pasti akan dating menjengukmu
Kau mengiakan kata2 ku
Dan tersenyum kembali..menghilangkan sedikit kegusaran dihatimu

Selepas solat, kau berdoa..
Ku yang melihatmu dari suatu sudut turut merasakan bahang kesedihan mu
Dari tutur mulutmu dan juga mata mu
Ku tahu kau berdoa kepada Tuhan
Semoga insan yang kau sayangi itu sembuh dan sihat semula

Rintihku juga di dalam hati
Moga insan yang kau sayangi itu akan sembuh dan pulih semula
Ku tahu setiap sakit itu pasti ada penawarnya
Dan Tuhan itu Maha mendengar doa hambanya…
Percayalah
Ku minta kau tabah dan terus berdoa





No comments:

Post a Comment